NIBONG TEBAL, 14 Julai (Bernama) -- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou dalam kenyataan berkata N. Saran disyaki keluar dari rumahnya di sini pada 11 Jun lepaS dan masih belum pulang sehingga kini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPS Sarjan Muhammad Iqbal Zaini di talian 010-3889176 atau tampil ke balai polis berhampiran.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial