Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Hari Ini

22/06/2025 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah,” katanya, yang turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan