Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Semua Tindakan Penguatkuasaan Diambil Ikut SOP -- MBSP

19/06/2025 06:06 PM

BUKIT MERTAJAM, 19 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menegaskan semua tindakan penguatkuasaan diambil pihaknya adalah adil dan profesional, berpandukan undang-undang serta mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menurut MBSP dalam kenyataan pihaknya mengambil maklum mengenai penyebaran sebuah video di platform media sosial TikTok mendakwa berlaku tindakan tidak berintegriti dalam proses rampasan dan pemulangan barangan oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Mana-mana individu mempunyai pertikaian atau dakwaan hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi kepada pihak MBSP bagi membolehkan semakan dan siasatan dijalankan berdasarkan bukti dan fakta.

“MBSP menegaskan bahawa penyebaran maklumat tanpa pengesahan bukan sahaja tidak membantu, malah boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu kelancaran proses penguatkuasaan sah,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut MBSP sebagai PBT yang berpegang teguh pada prinsip akauntabiliti dan integriti, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dalam kalangan pegawai mahupun kakitangan dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya wujud pelanggaran tatakelakuan.

"MBSP akan terus menjalankan tugas penguatkuasaan dengan penuh tanggungjawab, tegas dan telus, selaras dengan mandat untuk menjaga kepentingan awam serta kelestarian bandar raya," menurut kenyataan itu.

Terdahulu seorang lelaki memuat naik video di akaun Tiktok mendakwa penguat kuasa MBSP tidak amanah apabila memulangkan barang rampasan tidak cukup kepada peniaga meskipun mereka telah membayar keseluruhan jumlah kompaun.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan