JOHOR BAHRU, 10 Jun (Bernama) – Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai pencerobohan data peribadi kerana ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat dan meminta orang ramai supaya memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam hal berkenaan.
“Parlimen telah meluluskan Akta 709 bagi memastikan data pengguna terjamin. Selain itu, terdapat pemantauan 24 jam oleh pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi mengawal sebarang cubaan pencerobohan data.
“Kita perlu percaya terhadap sistem keselamatan data negara. Jika tidak, pelabur dari luar akan ragu-ragu untuk melabur di Malaysia. Dengan adanya undang-undang seperti Akta 709, kita perlu yakin bahawa data kita dilindungi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis AIRFEST 2205: Festival Kecerdasan Buatan dan Robotik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini.
Baru-baru ini, agensi media South China Morning Post melaporkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit yang dibuat dari Januari hingga Mac.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa data yang diminta tidak mengandungi identiti dan sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial