PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kontraktor dan juruperunding perlu memastikan projek pembinaan surau di seluruh kawasan kelolaan, berjalan lancar serta siap mengikut tempoh ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ini kerana, kejayaan pelaksanaan projek pembinaan surau dalam tempoh ditetapkan menjadi harapan setiap komuniti.
“Ada surau yang sedang dibina, arahan saya supaya pihak MAIWP dan pihak kontraktor kena berikan tumpuan untuk memastikan surau ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
“Ini harapan daripada komuniti.., sayang kalau orang tiap hari lalu dan tengok bila surau (di kawasan mereka) akan siap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Firdaus, Presint 11F di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadhlun Mak Ujud.
Sementara itu, Mohd Na’im berharap Surau Al-Firdaus Presint 11F dijangka memulakan operasinya pada 1 Jun, bukan sahaja menjadi tempat ibadah, tetapi juga menjadi pusat komuniti Islamiah.
Beliau berkata kelewatan pembinaan Surau Al-Firdaus Presint 11F, disebabkan faktor pandemik COVID-19 serta isu teknikal termasuk pelan asal pembinaan surau itu.
“(Atas keperluan tertentu) peruntukan asal surau RM3 juta telah meningkat kepada RM6.8 juta dan kapasiti asal surau ini turut ditingkatkan daripada 710 meter persegi kepada 1,710 meter persegi,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial