Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Hassanal Bolkiah Dalam Keadaan Sihat Sejahtera - JPM Brunei

27/05/2025 11:31 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan dalam keadaan sihat sejahtera.

Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan hari ini.

“Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

"Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di IJN. 

Ad Banner

Anwar berkata baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di IJN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan