Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

UOB Malaysia Tegaskan Kembali Sokongan Kepada Pertumbuhan ASEAN, Kepimpinan Inklusif

27/05/2025 12:36 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia menegaskan kembali komitmennya terhadap pertumbuhan ASEAN, dengan menyatakan kepimpinan inklusif dan pemerkasaan wanita dalam bidang keusahawanan, kepimpinan dan kemampanan adalah faktor penting untuk memanfaatkan segenap potensi rantau ini.

Komitmen yang dinyatakan itu adalah sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-90 UOB Group.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei berkata seperti rakan lelaki sejawatan mereka, usahawan wanita juga menghadapi halangan seperti akses kepada pembiayaan, pengetahuan, alat digital serta rangkaian untuk mengembangkan perniagaan dan pada masa sama mengharungi ekonomi digital yang pesat berubah.

“Kami mewujudkan program UOB FinLab pada 2019 untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami mula menumpukan kepada usahawan wanita di seluruh Malaysia dan Singapura.

“Melalui FinLab, kami telah membantu 1,200 daripada mereka mempelajari alat dan kemahiran digital baharu, mengharungi ekonomi, mengembangkan perniagaan masing-masing dan yang lebih penting membina ekosistem yang kukuh untuk membantu mereka memperluas rangkaian,” katanya pada sesi panel bertajuk “Global Power Hour: Women Pioneering Change Across Continents” di sini, Isnin.

Sesi itu merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN (AWES) 2025 dan dimudah cara oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ng turut disertai dua ahli panel lain, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia Dyah Roro Esti Widya Putri dan Menteri Perdagangan Kemboja Chan Nimul.

AWES 2025 mengangkat tema “Memperkasakan Wanita, Mencergaskan ASEAN: Merintis Integrasi Ekonomi bagi Masa Depan yang Lebih Berdaya Tahan”, penekanan terhadap keperluan untuk meletakkan wanita dalam teras transformasi ekonomi ASEAN susulan ketidaktentuan global dan gangguan digital.

Sidang kemuncak yang julung-julung kali diadakan itu adalah bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

Acara selama dua hari telah menghimpunkan lebih 700 perwakilan daripada sektor kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil untuk merangka masa depan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

UOB Malaysia ialah penaja utama AWES 2025, manakala Kuok Brothers Sdn Bhd pula sebagai rakan pemerkasaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan