Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Syarikat Belgium Lawat LuMIC Jun Ini - Saarani

26/05/2025 06:57 PM

BATU GAJAH, 26 Mei (Bernama) -- Tiga syarikat terlibat dalam industri maritim dari Belgium dijadualkan melawat Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Lumut bulan depan, hasil lawatan rasmi kerajaan negeri ke Eropah minggu lepas. 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ketiga-tiga syarikat itu ialah Belgian Scrap Terminal (BST), Soenen Group Green Vessel Recycling dan Steinberg Logistics International. 

"BST adalah syarikat yang mengendalikan pemisahan bahan kitar semula dan mereka ada kemahiran dalam kerja-kerja memotong dan mengitar semula kapal-kapal lama. 

"Soenen pula pakar dalam pelupusan kapal secara lestari dan baik pulih manakala Steinberg menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang menyokong keseluruhan ekosistem industri maritim," katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat multinasional Saint-Gobain yang beroperasi di Taman Perindustrian Kanthan, Chemor turut menunjukkan komitmen untuk meluaskan operasi mereka. 

Saarani berkata beliau dimaklumkan syarikat berpangkalan di Perancis itu bercadang menambah pelaburan sebanyak RM200 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mencadangkan supaya syarikat terbabit memindahkan operasinya ke Silver Valley Technology Park (SVTP).

Ad Banner

"Mereka (Saint-Gobain) telah melawat SVTP bagi menilai kesesuaian lokasi itu untuk pelaburan baharu,” katanya.

Mengulas isu aduan orang ramai berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya hingga membahayakan pengguna, Saarani berkata beliau menggesa penternak supaya menggunakan kawasan ragut yang disediakan bagi menangani masalah itu. 

"Kehadiran haiwan yang berkeliaran bukan sahaja mengganggu aktiviti pertanian tempatan, tetapi juga mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata lembu dan kerbau yang berkeliaran sering diternak penternak kecil-kecilan tanpa kandang yang elok dan telah menimbulkan kebimbangan serius kerana haiwan berkenaan sering sesat di jalan raya dan tanah pertanian.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan