Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Putera Mahkota Kuwait Tiba Di Kuala Lumpur Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

25/05/2025 11:16 PM

SEPANG, 25 Mei (Bernama) -- Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.

Beliau mewakili Amir Kuwait Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengetuai delegasi negara itu ke mesyuarat peringkat tinggi berkenaan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada esok dan Selasa.

Sheikh Sabah Khaled dan delegasinya tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.20 malam dengan disambut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Putera Mahkota kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025 menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berserta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC menandakan pencapaian penting dalam memupuk dan mempertingkatkan kerjasama tiga hala.

Ad Banner

Persidangan itu juga mencerminkan peningkatan momentum untuk menginstitusikan hubungan antara ASEAN dan GCC, serta memperdalam penglibatan strategik dengan China, satu daripada rakan dagang terbesar ASEAN.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan