Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Thailand Tiba Di Kuala Lumpur Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

25/05/2025 11:19 PM

SEPANG, 25 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan yang akan bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pesawat khas yang membawa Paetongtarn dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam.

Mereka disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Perdana Menteri Thailand kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini, berserta dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Ad Banner

Thailand, anggota pengasas ASEAN, secara konsisten mengutamakan integrasi ekonomi, meningkatkan kesalinghubungan dan kestabilan serantau dalam agenda pertubuhan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan