Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Manila Tegaskan Sokongan Terhadap Konsensus ASEAN Mengenai Myanmar

26/05/2025 12:29 AM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Filipina sekali lagi menegaskan sokongan terhadap prinsip teras ASEAN dalam menangani krisis di Myanmar dan menyeru pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang lebih berkesan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar negara berkenaan Enrique Manalo.

Beliau turut menyatakan harapan supaya mekanisme seperti utusan khas ASEAN dan mesyuarat pemimpin blok serantau akan dapat mempercepat kemajuan terhadap pelaksanaan konsensus berkenaan.

Manalo berkata meskipun ASEAN perlu mengekalkan prinsip tidak campur tangan, blok itu wajar mencari jalan untuk menggalakkan dialog yang lebih berkesan dalam kalangan pihak berkepentingan di Myanmar.

“Harapan kami supaya kita sekurang-kurangnya dapat mempromosikan dialog, seterusnya mengurangkan permusuhan, jika bukan gencata senjata, yang akhirnya boleh membawa kepada satu bentuk perdamaian,” katanya dalam temu bual menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.

Bagi peringkat antarabangsa, Manalo mengesahkan bahawa Filipina giat berkempen untuk bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dengan hasrat menyumbang secara konstruktif dalam isu global utama.

“Kami mahu memainkan peranan positif dalam PBB … sebagai pendamai. Kami telah menjadi anggota PBB selama 80 tahun dan percaya memiliki pengalaman dalam pelbagai isu melibatkan PBB,” katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan