Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Daftar Pemilih Tambahan April 2025 Dibuka Untuk Semakan - SPR

21/05/2025 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 19 Jun depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata DPT BLN4/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Selain itu Ikmalrudin berkata, ia turut mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

“SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2025 hingga 30 April 2025 dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama dalam DPT BLN4/2025, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my), aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my), aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian 03-8892 7218.

Beliau berkata sekiranya pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN4/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.

Ad Banner

Ikmalrudin berkata sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN4/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan