Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

DUN Sarawak Lulus RUU Tambah Bilangan Ahli Majlis 

20/05/2025 08:41 PM

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperkukuh tadbir urus akar umbi serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam di seluruh negeri.

RUU yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian itu meminda Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan pertumbuhan populasi Sarawak dan keperluan masyarakat yang semakin kompleks.

“Ketika ini terdapat 27 majlis di Sarawak di bawah kementerian saya, termasuk Majlis Daerah Gedong, Sebuyau, dan Siburan yang baru diwujudkan. Semua majlis ini mengamalkan sistem ahli majlis untuk berkhidmat kepada komuniti masing-masing,” katanya.

Seramai lapan ahli dewan mengambil bahagian dalam perbahasan RUU itu, satu daripada perubahan utama adalah pindaan kepada Seksyen 10 dan 11 dalam ordinan berkenaan untuk menambah bilangan ahli majlis di lima majlis utama.

“(Dengan pindaan ini,) Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Miri serta Majlis Perbandaran Sibu, Padawan dan Kota Samarahan akan mempunyai 33 ahli majlis daripada 30. Jumlah ini tidak termasuk datuk bandar, timbalan datuk bandar dan timbalan pengerusi,” katanya.

Dr Sim berkata penambahan ini perlu bagi menangani beban kerja yang semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar yang permintaan masyarakat kian pelbagai dan rumit.

Ad Banner

“Penambahan itu akan memastikan penyertaan akar umbi yang lebih ramai, penglibatan komuniti lebih baik serta penyampaian perkhidmatan lebih berkesan kepada rakyat,” katanya.

Pindaan terhadap Seksyen 172A juga memberikan kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda semua jadual dalam ordinan berkenaan sekali gus memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan.

Beliau mengulangi kepentingan sistem ahli majlis dalam mempromosikan penyertaan inklusif dan tadbir urus yang baik, memastikan pembangunan digerakkan oleh rakyat dan sesuai dengan keperluan setempat.

“Kelulusan pindaan ini bakal memperkukuh dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan baik kepada rakyat dapat dipenuhi,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan