BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

Gempa kuat 6.7 skala richter di Jawa Timur

10/04/2021 04:28 PM

JAKARTA, 10 April -- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 Skala Richter berlaku di Jawa Timur, berpusat di 90km barat daya daerah Malang.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, kejadian gempa itu berlaku pada pukul 2.00 petang waktu Indonesia Barat di kedalaman 25km di dasar Laut Hindi.

Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

-- BERNAMA

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan