Isnin, 25 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:34 PM

JOHOR BAHRU, 23 Mei -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor menerima sebanyak 141,538 permohonan untuk Program Saringan Prihatin (PSP) yang dikendalikannya setakat 16 Mei lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, berkata daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 92,769 daripada mereka yang mendaftar merupakan pekerja tempatan manakala 48,769 permohonan lagi melibatkan pekerja asing. 

Sepanjang tempoh itu, seramai 3,982 pekerja juga telah menjalani ujian saringan COVID-19 menerusi pembekal servis yang dilantik iaitu BP Healthcare. 

“Pekerja yang disaring melibatkan 3,684 pekerja warga tempatan manakala 298 lagi adalah pekerja asing. Keputusan bagi kesemua pekerja yang disaring adalah negatif dan mereka dibenarkan untuk bekerja," katanya dalam kenyataan harian mengenai COVID-19 Johor, di sini, hari ini. 

PSP PERKESO bermula sejak 27 April lalu merupakan program ujian saringan COVID-19 yang dijalankan secara percuma bagi semua pencarum termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan