AM

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Satu Mayat Lelaki Berjaya Dikeluarkan

26/01/2024 02:15 PM

CAMERON HIGHLANDS, 26 Jan (Bernama) -- Satu mayat lelaki yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada 11.05 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat lelaki warga Myanmar itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa di kawasan runtuhan masih diteruskan.

"Kawasan agak berbahaya, buat masa ini, kita tidak benarkan pihak media masuk sehingga keadaan selamat," katanya dan menambah kesemua mangsa merupakan pekerja asing.

Dalam kejadian 2.51 pagi tadi, seorang lelaki maut, manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa merupakan warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun.

-- BERNAMA 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan