SHAH ALAM, 4 Nov (Bernama) -- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang terlibat sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bercuti daripada tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing bermula dari hari penamaan calon esok hingga 19 Nov.
Ahli MMKN yang terlibat pada PRU15 adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari selaku calon bagi kerusi Parlimen Gombak, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (Parlimen Ampang) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V. Ganabatirau (Parlimen Klang).
Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan yang dibuat ketika sidang mesyuarat pada Rabu lepas itu dipersetujui bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh PRU15 berlangsung.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal bagi PRU15 pada 15 Nov manakala hari pengundian pada 19 Nov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial