KOTA KINABALU, 6 Sept -- Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah.
Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 26 Ogos lepas.
Warta Kerajaan Sabah dengan nombor jilid LXXVI No 35 itu juga memaklumkan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Menara Kinabalu.
Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial