PASARAN

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai

15/06/2026 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.

Kontrak Jun 2026 meningkat 10 mata kepada 1,699.5, Julai 2026 menambah 9.0 mata kepada 1,701.0, September 2026 naik 8.5 mata kepada 1,681.0 dan Disember 2026 menokok 8.0 mata kepada 1,681.0.

Jumlah dagangan naik kepada 6,696 lot daripada 6,507 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 32,392 kontrak daripada 31,623 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.76 mata atau 0.46 peratus kepada 1,691.39 daripada 1,683.63 ketika ditutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2568849