KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.33 pagi, kontrak Jun 2026, Julai 2026, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut empat mata kepada 1,695.5, 1,697.0, 1,677.0 dan 1,677.0.
Jumlah dagangan berjumlah 1,839 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 29,281 kontrak.
Pada 10 pagi, indeks penanda aras itu meningkat 4.55 mata kepada 1,695.94 daripada paras 1,691.39 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA