JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditahan Pandu Kereta Lawan Arus Di Ibu Negara

24/05/2026 12:24 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai memandu kereta melawan arus di Jalan Hang Tuah di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rosdi Daud berkata hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952/Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat esok," katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video memaparkan sebuah kenderaan dipandu melawan arus di ibu negara dan kemudian melintasi pembahagi jalan sebelum beredar.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2560805