JENAYAH & MAHKAMAH

PM Puji Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Di Kampung Bellamy

23/01/2026 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana berjaya mengawal kebakaran di Kampung Bellamy di sini hari ini.

Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata semangat juang tinggi anggota bomba mencerminkan komitmen mereka dalam menjaga keselamatan rakyat.

“Tindakan pantas pasukan bomba ini harus dipuji kerana berjaya mengawal kebakaran dengan cekap dan berdisiplin, sekali gus menyelamatkan nyawa serta harta benda,” kata beliau.

Terdahulu, media melaporkan tiga rumah setinggan, dua kontena sejuk beku dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran berhampiran kawasan perkuburan Nirvana, Jalan Kwangyi, Kampung Bellamy di sini, kira-kira 7.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kehilangan nyawa hasil tindakan pantas pasukan bomba.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2516066