SUKAN

Ziyad Zolkefli Ungguli Lontar Peluru F20, Raih Emas APG 2025

23/01/2026 10:15 PM

Daripada Farah Najihah Zuraimi

 

NAKHON RATCHASIMA (Thailand), 23 Jan (Bernama) -- Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan penguasaannya dalam acara lontar peluru lelaki F20 apabila merangkul pingat emas pasa Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Thailand, hari ini.

Muhammad Ziyad mencatat lontaran sejauh 16.81 meter (m) untuk menewaskan pesaing lain dengan selesa, namun gagal mengatasi rekod APG miliknya sendiri iaitu 16.92m yang dicipta di Solo, Indonesia pada 2022.

Rekod Asia miliknya sejauh 17.43m yang dilakar di Jepun pada 2024 kekal tidak tercabar, namun pencapaian hari ini sudah memadai untuk memastikan kedudukan teratas di podium.

Seorang lagi wakil negara Mohamad Aliff Mohamad Awi  meraih pingat perak menerusi lontaran 13.80m, manakala atlet tuan rumah Boonkong Sanepoot memenangi pingat gangsa dengan catatan 13.68m.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2516115