PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

23/01/2026 06:40 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 naik 1.5 mata kepada 1,717.0, Februari 2026 meningkat 2.0 mata kepada 1,721.5, Mac 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,701.5 manakala Jun 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,702.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,233 lot daripada 6,964 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 41,444 kontrak daripada 42,694 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.85 mata atau 0.17 peratus kepada 1,719.99 daripada 1,717.14 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 


 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2516040