KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar prestasi di pasaran tunai.
Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 naik 3.0 mata, masing-masing kepada 1,679.0 dan 1,683.0, Mac 2026 dan Jun 2026 meningkat 4.0 mata, masing-masing kepada 1,668.5 dan 1,668.5.
Jumlah dagangan turun kepada 23,676 lot berbanding 54,048 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 59,528 kontrak daripada 90,130 sebelum ini.
Pada jam 5 petang, FBM KLCI melonjak 3.54 mata kepada 1,684.53 daripada 1,680.99 semalam.
-- BERNAMA