KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi yang lemah di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
Sementara itu, kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,467.40 setiap auns troy daripada US$4,487.40 setiap auns troy pada Jumaat, kontrak Januari 2026 menyusut kepada US$4,486.50 setiap auns troy daripada US$4,505.10 setiap auns troy.
Kontrak Februari 2026 berkurangan kepada US$4,502 setiap auns troy daripada US$4,520.60 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Mac 2026 berkurangan kepada US$4,518.70 setiap auns troy daripada US$4,537.30 setiap auns troy pada Jumaat manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih rendah kepada US$4,536.70 setiap auns troy daripada US$4,555.30 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 151 lot daripada 36 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 209 kontrak daripada 95 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,449.40 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Dis, 2025.
-- BERNAMA