PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

30/12/2025 10:35 AM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Pada jam 9.20 pagi, kontrak Disember 2025 turun 4.0 mata kepada 1,672.0, Januari 2026 susut 3.5 mata kepada 1,676.5, Mac 2026 menguncup 3.0 mata kepada 1,661.5 manakala kontrak Jun 2026 kekal pada 1,664.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,846 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 49,441 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 4.64 mata kepada 1,678.38 selepas 44 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam di paras 1,680.99.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507139