AM

CAAM Sahkan Insiden Melibatkan Pesawat Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

30/12/2025 10:11 PM

ALOR SETAR, 30 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines Berhad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, pada 3.41 petang tadi.

Menurut CAAM pesawat Boeing 737 bernombor pendaftaran 9M-MXH, yang dijadualkan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tidak jadi berlepas kerana tayar pecah.

“Kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan telah keluar daripada pesawat,” menurut CAAM dalam hantaran Facebook.

Sementara itu, MAHB memaklumkan landasan berkenaan telah dibuka semula pada 7.30 malam selepas pemeriksaan keselamatan CAAM dan operasi kini berjalan seperti biasa.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507478