JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kenal Pasti Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Bukit Tambun

01/06/2025 11:13 PM

KOTA BHARU, 1 Jun (Bernama) -- Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, 23 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata mereka dikenali sebagai Weng Kok Choo, 58, dari Jalan Kebun Sultan, di sini, S. Saravanan Kumar, 34, dan S. Kumaresan, 34, yang masing-masing beralamat di Sungai Pelek, Selangor.

Beliau berkata kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan berhubung kes rusuhan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu berkenaan diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang menyiasat kes pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Kebun Sultan, di sini selepas video berkaitan kejadian berkenaan tular di media sosial.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2429819