KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa Jun 2025 naik 11.0 mata kepada 1,507.0, Julai 2025 menambbah 8.5 mata kepada 1,504.50, September 2025 naik 9.0 mata kepada 1,488.0 dan Disember 2025 melonjak 10.0 mata kepada 1,493.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,637 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,476 kontrak.
Kadar asas FBM KLCI meningkat 3.68 mata kepada 1,512.03 selepas 47 minit dagangan daripada 1,508.35 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 2 Jun, 2025, sempena cuti umum menyambut Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA