KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 2 Jun 2025, sempena cuti umum menyambut Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Bursa Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini berkata bursa itu dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada 3 Jun, 2025 (Selasa).
Bagaimanapun, Pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan kekal dibuka untuk dagangan semasa cuti umum, kata bursa itu.
-- BERNAMA