9hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd telah melantik pengarah eksekutifnya Ng Yong Lin dan pengarah pemasaran Lim Jin Feng sebagai pengarah urusan bersama (MD) berkuat kuasa 1 April 2026.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Kamal Azira Hassan dan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Feb, 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melantik subsidiari T7 Global Bhd, T7 Intelligent Resources Sdn Bhd, sebagai kontraktor panel bagi perkhidmatan profesional dan sokongan pihak ketiga untuk Kumpulan Petronas.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- YH Jewellery Corporation Sdn Bhd melantik Evolve Capital Advisory sebagai penasihat kewangan selain bekerjasama dengan MCI Capital Sdn Bhd bagi pengembangan serantau menerusi operasi modal dan memajukan strategi penyenaraian di pasaran saham Nasdaq.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) hari ini mengumumkan perolehan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Kluster Permata, yang terletak di luar pantai Sabah kepada Bridge Petroleum Ltd, berpangkalan di London.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melantik Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa 1 April, 2026, menggantikan Datuk Mohd Muazzam Mohamed yang bersara awal pada Disember 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Sentral Real Estate Investment Trust (REIT) Management Sdn Bhd (SRM), iaitu pengurus Sentral REIT, melantik Tay Hui Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta, susulan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group Sdn Bhd melantik Frasers Hospitality sebagai syarikat pengurusan hotel bagi suite hotel di Richmond Mayor, sebuah pembangunan bercampur baharu dan bersepadu di Johor Bahru.