BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

Petronas Lantik Subsidiari T7 Global Sebagai Kontraktor Panel

KUALA LUMPUR, 20 Feb Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melantik subsidiari T7 Global Bhd, T7 Intelligent Resources Sdn Bhd, sebagai kontraktor panel bagi perkhidmatan profesional dan sokongan pihak ketiga untuk Kumpulan Petronas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, T7 Global memaklumkan T7 Intelligent Resources menerima surat pelantikan daripada Petronas pada 1 Jan 2026.

“Pelantikan ini sah untuk tempoh dua tahun,” menurut syarikat itu.

T7 Global memaklumkan anak syarikatnya menerima kelulusan daripada Petronas pada 20 Feb 2026 untuk mengumumkan pelantikan berkenaan.

Pelantikan ini dijangka memberi impak positif terhadap pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, tertakluk kepada pengeluaran pesanan kerja oleh Petronas.

-- BERNAMA