Terdapat 194 berita berdasarkan kata kunci carian " bayaran"

Sejumlah RM4 Bilion Disalurkan Untuk STR Fasa 1 Dan 2 - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

99 Peratus Rakyat Malaysia Dijangka Guna Pembayaran Digital Tahun Depan - Mastercard

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Penggunaan pembayaran digital dijangka meningkat di Malaysia, dengan 99 peratus pengguna berkemungkinan menggunakan kaedah pembayaran digital baharu pada tahun hadapan, menurut tinjauan oleh Mastercard.

CEO TH Plantations Diarah Cuti, CFO Letak Jawatan Atas Dakwaan Bayaran Lebih RM5 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP) Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

iCents Group Sasar Pertumbuhan Pendapatan 10 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus pada 2026, didorong oleh jangkaan sumbangan yang meningkat daripada operasi pembuatannya.

Penurunan 2.75 Peratus OPR Akan Rangsang Perniagaan, Kekalkan Daya Tahan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM)  menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah langkah untuk merangsang aktiviti perniagaan dan juga mengekalkan permintaan domestik.

Takaful IKHLAS Lancar ‘IKHLAS Impianku’, Produk Bantu Rakyat Capai Impian Kewangan

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd, hari ini melancarkan produk terbaharunya IKHLAS Impianku.

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan Bagi Jun 2025

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump (sekerap) dan lateks telah diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Jun 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kerajaan Pertimbang Perkenal Skim Insurans Asas Bagi Kurangkan Kesan Inflasi Kos Perubatan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk memperkenalkan skim insurans asas bagi mengurangkan kesan inflasi kos perubatan yang membimbangkan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Instrumen Kewangan Perlu Diperkasa Untuk Pembangunan Negara - Pensyarah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Selain zakat, sistem kewangan Islam mempunyai beberapa kaedah pengumpulan harta awam untuk digunakan bagi kepentingan yang ditetapkan oleh syarak, demikian menurut seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.

TNG Digital Perkenal Kemudahan Bayaran Digital Bagi Peniaga PKS, Mikro

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd kini memperluaskan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kalangan peniaga bebas yang beroperasi di pasar, gerai serta ruang awam menerusi mekanisme pembayaran digital mudah diakses dan dimanfaatkan.

TNG Digital Lancar Akaun Perniagaan Bagi Perkasakan PKS Mikro, Pekerja Gig

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia TNG Digital Sdn Bhd melancarkan Akaun Perniagaan TNG Digital, penyelesaian digital tanpa halangan yang bertujuan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta pekerja gig.

Malaysia Usaha Kurangkan Inflasi Perubatan Melalui Inisiatif Pembiayaan Kesihatan Reset BNM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) – Masih terdapat ruang dan peluang untuk Malaysia mengurangkan inflasi perubatannya yang tinggi, salah satu yang tertinggi di Asia, melalui pembaharuan di bawah inisiatif pembiayaan kesihatan RESET Bank Negara Malaysia (BNM).