BERITA TERKINI   Tindakan penguatkuasaan perlu gerakan menyeluruh libatkan seluruh jentera negara – PM Anwar | Setiap tindakan penguatkuasaan perlu dilaksana secara berkesan di semua peringkat, termasuk ke tahap pihak berkuasa tempatan - PM Anwar | Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | 

Terdapat 10051 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"

Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yang mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

Industri Halal Malaysia Pacu Pertumbuhan Di Bawah Kepengerusian Asean, Belanjawan 2025

MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Malaysia-EU Halusi Langkah Mulakan Rundingan Rasmi FTA- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

MITI Jalankan Empat Siasatan Antilambakan Produk Besi Dan Keluli, Plastik Dari China

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan empat siasatan antilambakan yang melibatkan produk-produk besi dan keluli serta plastik yang diimport dari China.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mencecah paras tertinggi dalam dua tahun, kata penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa.

MITI Akan Terus Berbincang Dengan Pihak Berkuasa AS Berhubung Kenaikan Tarif Eksport Solar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu pengilang solar Malaysia dan syarikat berkaitan yang terjejas oleh kenaikan tarif eksport solar Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah Washington itu.

HLB Lancar Rangka Kerja Kewangan Lestari, Kumpul RM20 Bilion Untuk Sokong Projek Hijau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.

Malaysia Pertingkat FTA ASEAN Untuk Tambah Baik Pertumbuhan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.  

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

SME Bank Sasar Pembiayaan Lestari RM10 Bilion, Pembiayaan Hijau RM1 Bilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyasarkan pembiayaan lestari sebanyak RM10 bilion dan pembiayaan hijau RM1 bilion menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju Kelestarian 2.0.