BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 0-5 Imigresen FC | Agenda transformasi digital negara mesti beri manfaat kepada majoriti rakyat, bukan tumpu segelintir golongan - PM Anwar | Pelantikan Abdul Halim sebagai KP SPRM bagi tempoh dua tahun - PM Anwar | Abdul Halim sesuai mengetuai SPRM kerana latar belakang kehakiman bukan daripada bidang perniagaan atau politik - PM Anwar | Piala Uber: Malaysia 1 Turkiye 0: K. Letshanaa kalahkan Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.  

Bulan semerta Oktober 2024 menokok kepada US$2,758.70 setiap auns troy daripada US$2,731.20 setiap auns troy yang disaksikan semalam, manakala November 2024 naik kepada US$2,775.0 setiap auns troy berbanding US$2,747.50 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,783.10 setiap auns troy auns daripada US$2,755.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan naik kepada tujuh lot berbanding tiga lot, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 18 kontrak daripada 17 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 28 Oktober, harga emas fizikal berada pada US$2,741.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA