9hari ago
ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor solar berkembang tahun depan, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
9hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, didorong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama iaitu Thailand, kata seorang peniaga.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi empat lesen pajak gadai baharu meliputi dua cawangan di Pahang serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat kepada 56.8 pada separuh kedua 2025 (2H 2025) berbanding 55.1 pada separuh pertama 2025 (1H 2025), mencerminkan momentum ekonomi yang lebih kukuh serta peningkatan tahap keyakinan merentasi landskap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenanga Research menyemak semula unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku keempat 2025 kepada 5.0 peratus, lebih tinggi daripada anggaran awal sebanyak 4.0 peratus.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.