BERITA TERKINI   Jangan adakan perhimpunan di tempat awam sepanjang lawatan rasmi PM India ke Malaysia - KDN | MOF akan mengetuai pasukan petugas khas mengenai isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial, lambakan barang - Fahmi | KPDN laksanakan kawalan harga ke atas 16 jenis barangan bermula 13 hingga 21 Feb sempena Tahun Baharu Cina - Fahmi | KKR akan umum perincian diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 11 mata kepada 1,679.5, Januari 2026 naik 10.5 mata kepada 1,682.50, Mac 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,667.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,669.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14,280 lot daripada 8,711 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 51,755 kontrak daripada 46,114 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29 daripada 1,665.90 pada Jumaat minggu lepas, yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya.

-- BERNAMA