BERITA TERKINI   Penyedia sistem telah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang kendalian kami - MAHB | Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang MAHB telah kembali beroperasi seperti biasa - MAHB | Pelancong dinasihatkan mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal, menyemak dengan syarikat penerbangan untuk maklumat terkini jadual penerbangan - MAHB | Situasi di semua lapangan terbang kami diuruskan dengan teliti, keselamatan dan keselesaan penumpang terus menjadi keutamaan - Malaysia Airports | Sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia kini mengalami gangguan sementara, yang boleh memberi impak kepada proses daftar masuk dan menaiki pesawat - Malaysia Airports | 

RHB IB Jangka Pertumbuhan Sektor Solar Dipacu EPCC, Hasil CGPP Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor solar berkembang tahun depan, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB IB berkata peningkatan progresif hasil berulang daripada aset Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP), yang dijangka dikomersialkan pada suku pertama 2026 turut akan menyokong pertumbuhan sektor tenaga.

“Seiring pengiktirafan pesanan berkaitan CGPP secara berperingkat, Solarvest Holdings Bhd dan Samaiden Group Bhd aktif menambah kontrak EPCC baharu di bawah program Solar Berskala Besar (LSS) 5 dan LSS6 akan datang.

“Aliran pendapatan berulang daripada projek ini dijangka bermula pada 2028,” katanya.

RHB IB berkata projek LSS5, LSS5+, dan LSS6 berpotensi menyumbang lebih  6.0 gigawatt (GW) kapasiti solar ke pasaran.

Ia bersamaan dengan peluang EPCC bernilai RM18 bilion, menyediakan saluran pendapatan yang signifikan bagi kontraktor solar dan menyokong kejelasan keuntungan sehingga 2028.

Firma penyelidikan itu berkata kerajaan dijangka mengenakan had kuota bagi pelaksanaan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan (Solar ATAP) oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, yang berkuat kuasa 1 Jan, 2026.

“Penghapusan kuota turut mengurangkan kebergantungan pada penyimpanan bateri mahal, kerana ia tidak diperlukan bagi projek solar di bawah 1.0 megawatt.

“Oleh itu, kami percaya langkah ini boleh membuka aliran pendapatan baharu serta meluaskan penglibatan sektor swasta, terutamanya dalam projek solar kediaman,” katanya.

-- BERNAMA