Terdapat 123 berita berdasarkan kata kunci carian " terengganu"

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

East Coast Energy 2025 Letakkan Terengganu Sebagai Hab Sedia Masa Depan Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.

Terengganu Teroka Kerjasama Dengan Negara Luar Bangunkan Sektor NR-REE

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu giat meneroka kerjasama strategik dengan negara luar seperti Australia, Jepun dan Korea bagi mendapatkan teknologi alternatif yang lebih terbuka dan lestari, sejajar dengan usaha negeri itu memanfaatkan potensi sumber asli secara berterusan.

160 Koperasi Terima Insentif JEJAK SKM

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 160 koperasi yang bergiat dalam sektor pelancongan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) yang dilancarkan Mei tahun lepas.

Steel Hawk Jangka Momentum Kukuh Bagi Tahun Kewangan 2025

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G) Steel Hawk Bhd dijangka mencatat pertumbuhan dua angka bagi pendapatan dan hasil pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, kata Pengarah Eksekutif Datuk Sharman K. Michael.

Eksport Dari Lapan Negeri Naik Kepada RM71.6 Bilion Pada Februari - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Eksport dari lapan negeri meningkat kepada RM71.6 bilion pada Februari 2025, menyumbang kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia sebanyak RM118.3 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

EPIC Berhasrat Kembangkan Perniagaan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.

Dewan Negara Lulus RUU CCUS 2025

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dewan Negara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini bagi memberi peluang kepada pengembangan pelaburan serta ekonomi negara.

Kumpulan KHSB Sasar Keuntungan RM100 Juta Setahun Menjelang 2028

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) -- Kumpulan Ketengah Holding Bhd (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sehingga RM100 juta setahun menjelang 2028.

PruBSN Perkukuh Nilai Ta’awun, Tingkat Kesedaran Takaful

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) terus komited memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu menerusi program Ta’awun Ramadan yang kembali untuk tahun kedua. 

Untung Bersih PHB Naik Lebih Tiga Kali Ganda Kepada RM117.2 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mencatatkan lonjakan lebih tiga kali ganda dalam keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) kepada RM117.2 juta berbanding RM31.7 juta pada tahun sebelumnya.

Epic Sasar Hasil Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025, Raih Kontrak Baharu Petronas - CEO

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menyasarkan hasil sebanyak RM470 juta bagi tahun kewangan 2025 selepas meraih hasil memberangsangkan iaitu RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024 yang juga merupakan hasil tertinggi dalam sejarah syarikat.