BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

Kumpulan KHSB Sasar Keuntungan RM100 Juta Setahun Menjelang 2028

Beliau berkata antara projek yang dijangka menyumbang kepada peningkatan keuntungan termasuk tanaman kelapa seluas 160 hektar di Cheneh, Kemaman.

"Selain itu kita juga sedang berunding dengan kerajaan negeri Johor dan Pahang untuk mendapatkan tanah sesuai bagi penanaman kelapa untuk dijalankan sama ada secara usaha sama atau pajakan.

"Kita dapati selain sawit yang menjadi sumber utama syarikat, tanaman kelapa juga mempunyai potensi janaan pendapatan lebih baik dengan penghasilan lebih banyak jenis produk.

"Di samping itu untuk tahun ini juga kita telah berunding dengan pembeli untuk menaikkan harga bijih besi daripada RM20 kepada RM35 satu tan. Perjanjian baharu ini dijangka merekodkan peningkatan mendadak kepada keuntungan syarikat," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Selain itu Ahmad berkata Kumpulan KHSB yang memiliki 13 anak syarikat akan mengadakan lawatan ke China bulan depan bagi memeterai perjanjian untuk membuka kilang kotak daripada pelepah sawit.

Menurut beliau projek itu juga dijangka mampu meningkatkan keuntungan syarikat, seterusnya disalurkan kepada penduduk di wilayah Ketengah dalam bentuk sumbangan dan program tanggungjawab sosial korporat.

"Tahun lepas kita telah berjaya merekodkan keuntungan sekitar RM55 juta. Sebahagiannya dipulangkan kembali kepada warga Ketengah iaitu di Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman," katanya.            

 

-- BERNAMA