5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- ASEAN perlu melangkah maju bersama dan bertindak mempercepatkan usaha integrasinya bagi mengurangkan pertikaian perdagangan dalam kalangan anggotanya di tengah-tengah ketidakentuan perdagangan global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Wasco Bhd mengambil langkah awal untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalannya memandangkan Malaysia sedang bersedia untuk melaksanakan pendedahan mandatori alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).
5bulan ago
KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Selangor Dredging Bhd (SDB), syarikat pemaju hartanah butik melancarkan DaMai, iaitu pembangunan kediaman mewah bertingkat pertengahan di Taman Melawati yang menampilkan konsep ‘letak kereta di depan pintu anda’.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) meraih dua anugerah utama di Insurance Asia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap insurans semula ASEAN.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia telah dinamakan sebagai bank perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbaik oleh Alpha Southeast Asia dan bank komersial terbaik untuk PKS oleh Finance Asia untuk tahun kedua berturut-turut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Gamuda Bhd, kontraktor utama bagi Jabatan Sistem Transit Rapid (DORTS) Kerajaan Bandaraya New Taipei (NTCG), menganugerahkan kontrak kepada Hitachi Rail untuk membekalkan sistem Kawalan Tren Berasaskan Komunikasi (CBTC).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 7 Ogos, 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menarik sehingga 500 peserta dari 10 negara ASEAN tahun ini.
6bulan ago
MOSCOW, 30 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mungkin menjadi tumpuan utama ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Asia Tengah dan Rusia, namun di sebaliknya, sekumpulan kecil diplomat dan penjawat awam Malaysia yang tidak kelihatan di hadapan umum, bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan semua yang dirancang berlangsung seperti dijadualkan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jenama aiskrim dan teh terkemuka Indonesia, Ai-CHA mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi ‘Rangkaian Kedai Aiskrim Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun' dan 'Rangkaian Kedai Minuman Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun’.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan penyertaan bagi Anugerah Agro Biz 2025 akan dibuka bermula hari ini sehingga 31 Julai, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- The Lincoln Suites, sebuah hartanah hospitaliti di London dimiliki syarikat Malaysia Eastern & Oriental Bhd (E&O), sekali lagi mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Pilihan Pengembara Tripadvisor, meletakkannya dalam kalangan 10 peratus hotel terbaik di seluruh dunia, buat tahun ketiga berturut-turut.