Terdapat 5263 berita berdasarkan kata kunci carian "uma"

Rakuten Trade Unjur FBM KLCI 2026 Pada 1,800 Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Melonjak Kepada RM135.18 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Pada Tengah Hari Diasak Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.

Batik Air Sesuaikan Caj Bahan Api Untuk Laluan Terpilih Susulan Kenaikan Harga Minyak Jet

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Batik Air Malaysia melaksanakan penyesuaian sederhana bagi beberapa laluan terpilih, termasuk caj tambahan bahan api yang disusun mengikut kategori laluan, susulan peningkatan kos operasi akibat kenaikan harga minyak jet.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman selepas pemimpin tertinggi baharu Iran memberi isyarat bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat menjejaskan kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata ahli ekonomi.

Syarikat Malaysia Perlu Pelbagai, Berani Cebur Sektor Berkaitan Ekoran Ketidaktentuan - PwC

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu mempertimbangkan langkah mempelbagaikan usaha dengan menceburi bidang lain yang berkait rapat dengan perniagaan teras, termasuk ekuiti agar dapat memanfaatkan kemahiran selain mengurangkan risiko.

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Kenaikan Susulan Lonjakan Harga Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan untuk satu hari lagi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.

Penggunaan 'BNPL' Dalam Kalangan Belia Malaysia Bawah 30 Tahun Membimbangkan - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penggunaan kemudahan pembayaran “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (Buy Now, Pay Later- BNPL) dalam kalangan belia Malaysia menimbulkan kebimbangan apabila golongan berumur 30 tahun ke bawah menyumbang kira-kira 40 peratus daripada semua transaksi BNPL di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Harga Minyak Melonjak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas harga minyak mentah melonjak melepasi US$100, yang mendorong hasil pendek US dan dolar US menjadi lebih tinggi.