BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 0.5 mata kepada 1,691.0, April 2026 naik 1.5 mata kepada 1,693.5, Jun 2026 melonjak 1.0 mata kepada 1,691.0 manakala September 2026 kekal tidak berubah pada 1,674.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,340 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,994 kontrak.

FBM KLCI merosot 1.96 mata kepada 1,709.05 selepas 45 minit dagangan daripada 1,711.01 pada Khamis.

-- BERNAMA