6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencerminkan prestasi kadar asas pasaran tunai berikutan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.
6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka berada antara 1,500 dan 1,530 minggu depan berikutan pasaran kekal berada di bawah tekanan dalam kebimbangan mengenai surat tarif unilateral yang dicadangkan oleh Washington dan ketegangan yang meningkat selepas serangan Israel ke atas Iran.
7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.
7hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.
8hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah, yang menyusut 0.25 peratus kepada 98.386 mata.
8hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.