Terdapat 804 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah"

Infomina Peroleh Kontrak RM66.13 Juta Bagi Sedia Perkhidmatan Kepada JPN

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi, Infomina Bhd memperoleh kontrak bernilai RM66.13 juta bagi menyediakan perkhidmatan operasi, penyelenggaraan dan sokongan infrastruktur teknologi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Geohan Hasrat Kumpul RM72.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.

Untung Bersih Public Bank Suku Ketiga Susut Kepada RM1.84 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih Public Bank Bhd merosot kepada RM1.84 bilion pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM1.91 bilion dalam tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh kesan pendapatan bukan cukai yang lebih rendah.

PIDM Lantik Abu Huraira Abu Yazid Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 15 November

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Nov 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang bersara.

China Gesa ASEAN Tumpu Sektor Pembuatan Bagi Tingkat Daya Saing Di Peringkat Global

BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie. 

Penerimaan Tadbir Urus Korporat Syarikat Awam Tersenarai Malaysia Kini Lebih Baik -- SC

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2025 (CG Monitor) yang menunjukkan kemajuan berterusan syarikat awam tersenarai (PLC) dalam penerimaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG).

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

IPO Polymer Link Terlebih Langgan 48.74 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

MAG Lantik Kapten Nasaruddin Sebagai Presiden Dan CEO Kumpulan, Ganti Kapten Izham

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.

Bursa Malaysia Tegur Solar District Cooling Kerana Melanggar Peraturan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Solar District Cooling Group Bhd (SDCG) kerana melanggar Peraturan 3.10(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (ACE LR).