BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Bursa Malaysia Tegur Solar District Cooling Kerana Melanggar Peraturan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Solar District Cooling Group Bhd (SDCG) kerana melanggar Peraturan 3.10(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (ACE LR).

Hal ini kerana tebaran pegangan saham awamnya (PSS) hanya berjumlah 24.75 peratus semasa penyenaraian kumpulan itu di Pasaran ACE pada 19 September, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia menegaskan bahawa menurut ACE LR, pemohon yang ingin disenaraikan secara rasmi mesti mempunyai sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah keseluruhan saham yang disenaraikan dipegang oleh sekurang-kurangnya 200 pemegang saham awam, dengan masing-masing memegang tidak kurang daripada 100 saham.

“Bursa Malaysia memandang serius pelanggaran itu kerana Keperluan PSS adalah asas untuk memastikan terdapat kecairan pasaran dan pegangan bebas yang mencukupi bagi memudahkan dagangan saham yang teratur dan adil.

“Walaupun Bursa Malaysia tidak mendapati mana-mana pengarah SDCG telah menyebabkan atau membenarkan pelanggaran itu berlaku, ia telah mengingatkan kumpulan itu dan lembaga pengarahnya tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat dan akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur serta memastikan pematuhan terhadap ACE LR,” katanya.

-- BERNAMA