3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan Small and Medium Business Development Agency of Azerbaijan (KOBİA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menggalakkan kerjasama dalam pembangunan industri halal, memudah cara perdagangan serta pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara kedua-dua negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.
3bulan ago
Daripada Niam Seet Wei
OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan di acara Expo 2025 Osaka dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anjakan transformasi, didorong oleh kepimpinan yang kukuh, boleh mentakrifkan semula dan meningkatkan peranan kewangan Islam, dan membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasa ekosistem industri halal menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan mempercepat urusan pengeluaran sijil halal serta Halal Development Corporation (HDC) yang menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited memperluas pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di peringkat antarabangsa khususnya untuk memperkasa penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri halal global dan memperkukuh rantaian nilai eksport negara.
3bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menggandakan eksport ke Finland menjelang 2030 terutama dalam sektor utama, yang melibatkan elektronik, makanan halal dan bahan binaan hijau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- EHH Food Industry Sdn Bhd melangkah ke fasa baharu dalam industri makanan negara dengan pelancaran logo syarikat serta memperkenalkan logo produk suhun, jenama utama Cap Kunci sebagai strategi memperkukuh kedudukan dalam industri makanan tempatan dan antarabangsa.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rusia mahu meningkatkan eksport daging dan produk tenusu yang diperakui halal ke Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada strateginya untuk melonjakkan perdagangan dua hala terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 akan diadakan dari 16 hingga 18 Okt 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memeterai perjanjian penglibatan dengan Global Psytech Sdn Bhd (GPSB) untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri halal.