BERITA TERKINI   Keputusan 40 peratus hasil Sabah muktamad, tiada rayuan difailkan, Kerajaan MADANI kekal komited tunai tuntutan di bawah MA63 - PM Anwar | Penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran tidak menjejaskan tahap ketersediaan dan jaminan bekalan elektrik negara pada masa ini - TPM Fadillah | Bekalan gas dalam negara stabil dan mencukupi untuk menampung operasi loji jana kuasa. - TPM Fadillah | Sebanyak 85 peratus pengguna domestik di seluruh negara tidak akan terkesan dengan turun naik harga bahan api di pasaran antarabangsa - TPM Fadillah | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.525 juta kepada lima pondok, pusat tahfiz di Sabah bagi naik taraf infrastruktur - PM Anwar | 

Kerajaan Terus Perkasa Ekosistem Industri Halal - PM Anwar

 

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasa ekosistem industri halal menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan mempercepat urusan pengeluaran sijil halal serta Halal Development Corporation (HDC) yang menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini berkata SME Bank juga akan menawarkan pembiayaan khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) halal dengan dana berjumlah RM100 juta.

Sementara itu Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) pula akan meningkatkan jaminan kerajaan bagi pembiayaan PKS halal sehingga RM2 bilion berbanding RM1 billion.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan membangunkan Taman Industri Halal Perak  di daerah Manjung dengan kos sebanyak RM124 juta. 

-- BERNAMA