Terdapat 201 berita berdasarkan kata kunci carian " cip"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.

Malaysia, Belanda Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Belanda bagi menjalin kerjasama dalam industri semikonduktor, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab global dalam sektor berkenaan.

Asia Akan Kekal Terajui Pembuatan Cip Lima Tahun Akan Datang - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Asia akan mengekalkan kepimpinannya dalam pembuatan cip untuk tempoh lima tahun akan datang, disokong oleh kelebihan kos, ekosistem yang mantap dan kepakaran teknikal yang mendalam, kata Moody’s Ratings hari ini.

Malaysia Perlu Bertindak Segera Bagi Terajui Hab Semikonduktor Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu mengambil langkah lebih strategik dengan segera untuk menjadi hab serantau bagi semikonduktor generasi akan datang, dengan jangkaan hasil global melebihi US$1 trilion (US$1 = RM4.20) menjelang 2030, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

MBW Innexus Industrial City Cipta 37,000 Pekerjaan, GDV RM2 Bilion – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Muktamadkan Rundingan FTA Dengan Korea Selatan, Dijangka Ditandatangani Pada Okt Depan

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia telah memuktamadkan rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Korea Selatan dan dijangka menandatangani perjanjian itu pada Oktober depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

AMD Perluas R&D Di Pulau Pinang, Perkukuh Ekosistem Semikonduktor

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.

Kilang Pintar Agilent P.Pinang Diiktiraf Di Peringkat Global Bagi Kecemerlangan Industri 4.0

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kilang pintar Agilent Technologies Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang diiktiraf sebagai peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan McKinsey & Company.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Kukuh, Ditutup Lepasi Paras Rintangan 1,560

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur memantau perkembangan luar, khususnya impak tarif AS.

FMM Seru Panduan, Langkah Sokongan Berikutan Cadangan Tarif Ke Atas Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Panduan yang jelas serta tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur selain mencegah gangguan dalam rantaian pembekalan yang diintegrasikan dengan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).